“Saya Tinggalkan Kuching City Kerana Prinsip” – Irfan Bakti
Liga Super
Kuching City FC
Advertisements

Bekas jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti Abu Salim menyifatkan keputusannya meninggalkan pasukan itu didorong oleh prinsipnya sebagai seorang jurulatih.

Ini kerana bagi beliau, tidak molek bagi seseorang jurulatih kekal melatih pasukan sehingga tamat tatkala prestasi pasukan terus merudum.

Jika prestasi pasukan masih tidak berubah, ia boleh saja memberi kesan buruk ke atas maruah dan reputasi sebagai jurulatih.

Advertisements

Justeru, dengan meninggalkan Kuching City FC, Irfan percaya ini akan mendorong pengurusan Il Gatto mencari jurulatih baru yang mampu mengeluarkan mereka dari kelompok tercorot Liga Super.

“Ya, atas prinsip seorang jurulatih kerana kita tak harus stay di situ sehingga tamat. Jadi, kita pun ada maruah.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih yang banyaklah, millions of thanks to pengurusan Kuching City terutama presiden dan CEO yang banyak mencurahkan masa dan tenaga untuk menjayakan Kuching City dalam Liga Super ini walaupun ianya bukan mudah,” katanya dalam temubual bersama Nadi Arena.

Advertisements

Irfan yang pernah melatih Selangor FC, Penang FC, Persipura Jayapura dan Terengganu FC tidak menolak jika diberi tawaran sebagai jurulatih kelab lain. Bagaimanapun, buat masa ini, beliau memilih untuk berehat dengan usianya mencecah 72 tahun.

Selain Irfan, penolong jurulatih Kuching City FC, Sulaiman Hussin juga turut melepaskan jawatannya. Bagaimanapun, beliau dilantik sebagai pemangku jurulatih sementara Il Gatto mengenalpasti pengganti bekas jurulatih Felda United FC itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram