Advertising
“Saya Tunggu Awak Mickey”
MakanBola
Selangor FC

Pemain Selangor mula menzahirkan rasa kerinduan terhadap watak Faisal Halim atau lebih mesra disapa Mickey.

Tragedi yang melanda pemain berusia 26 tahun iru menggemparkan Malaysia apabila beliau diserang dengan menggunakan cecair yang dipercayai asid.

Kejadian yang berlaku di salah sebuah pusat membeli-belah di Damansara kira-kira tiga hari yang lalu telah menyebabkan tonggak kebangsaan itu mengalami kelecuran tahap empat.

Ad

Beliau pada pagi itu sempat berlatih bersama rakan sepasukan kini bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan sudah pun menjalani pembedahan kedua.

Ad

Rakan sepasukannya kini sudah mula merindui kelibat Faisal Halim yang kini berisiko untuk diketepikan selama 3-6 bulan susulan insiden yang dialami.

Pertahanan The Red Giants, Harith Haiqal mendoakan kesihatan Faisal sambil memberikan mesej yang menyentuh hati menerusi satu hantaran di laman X.

Ad
Ad

“Saya tunggu awak ky,” ujarnya.

Ad

Tahap kesihatan anak jati Pulau Pinang ini bagaimanapun dilaporkan lebih stabil selepas menjalani pembedahan kedua semalam.

Pihak PDRM juga kini sudah memberkas dua suspek namun suspek pertama dilepaskan susulan tiada bukti khas yang boleh disabitkan.

Selangor juga kini dalam permohonan untuk menangguhkan aksi Piala Sumbangsih 2024 demi menjaga keselamatan para pemain buat sementara waktu.