Ads
Sean Bai Berhijrah Dari Singapura Ke Kelab EPL
Asia Tenggara
Sean Bai

Arena bola sepak Singapura dikejutkan dengan berita bekas pengarah urusan Geylang International FC, Sean Bai menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Burnley.

Advertisements

Pengumuman ini dibuat The Eagles yang disiarkan di platform media sosial rasmi pasukan itu semalam.

Advertisements

“Kami mengucapkan selamat tinggal kepada pengarah urusan yang kami sayang, Sean Bai yang meninggalkan pantai kita untuk menyertai kelab EPL. Sean menyertai Burnley FC sebagai ketua staf bola sepak baru.

Advertisements
Advertisements

“Dalam separuh tahun terakhir bersama Geylang, Sean telah memainkan peranan penting dengan menyediakan asas untuk GIFC musim 2024-2025.

“Beliau juga sentiasa berada di padang membuat larian bersama para pemain, mencabar kami melakukan cabaran bola sepak melucukan tetapi seorang individu yang baik dan rakan kepada kami semua.

Advertisements

“Walaupun kami rasa sedih kerana kehilangan figura utama dalam kelab kami, kami di Geylang amat bangga dengan perlantikan Sean.

“Kaliber, pengalaman, komitmen, semangat dan potensi ideanya hanya boleh dimaksimumkan di luar negara dan kami percaya beliau satu hari nanti akan pulang untk memberi impak (kepada) bola sepak Singapura,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Ini bukan kali pertama Bai, 39, direkrut oleh kelab luar negara. Sebelum ini, beliau pernah menggalas peranan sebagai pengarah pejabat presiden, pengarah akademi dan pemangku pengarah urusan kelab La Liga, Valencia.

Pengurusan Burnley dalam satu kenyataan menyifatkan kehadiran Bai mampu menambahbaik pembangunan akar umbi dan meningkatkan tarikan global pasukan itu.

“Kami gembira kerana mempunyai individu dengan pengalaman yang dimiliki Sean di peringkat global untuk datang membantu kami menambahbaik model pembangunan pemain dan meneruskan capaian kami sebagai sebuah kelab.

“Sean membawa pengalaman hebat dari salah satu liga terbaik di dunia (La Liga), yang dilihat amat bernilai kepada evolusi dan pembelajaran kami,” kata jurucakap kelab dalam satu kenyataan yang dipetik The Straits Times.

Bai menggalas jawatan ketua staf bola sepak yang bertindak sebagai penghubung antara pengurusan kelab, syarikat induk dan struktur bola sepak Burnley.

Beliau menggantikan ketua staf sebelumnya, Marc Boixasa. Boixasa meninggalkan The Clarets selepas menerima tawaran kelab gergasi Arab Saudi, Al-Hilal.

Advertisements

Bai sudah memulakan tugas secara rasmi sebagai ketua staf bola sepak Burnley sejak semalam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram