Sebuah kelab elit Liga Super difahamkan mahu mendapatkan khidmat pertahanan kanan Terengganu FC, Azam Azmi Murad.
Pemain berusia 22 tahun itu merupakan tunjang utama buat skuad Peteh sejak beberapa musim kecemerlangan ini dan memainkan peranan yang cukup penting.
Bintang muda kelahiran Penang ini bagaimanapun mula mendapat perhatian salah sebuah kelab besar di Liga Super yang difahamkan mahu mendapatkan khidmatnya.
Menerusi perkongsian oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemain muda ini berada dalam radar kelab tersebut.
Malah, kelab ini difahamkan bersedia untuk menebus baki kontrak pemain ini dengan nilai yang cukup tinggi untuk memperkuat pasukan.
Namun begitu, identiti kelab ini tidak didedahkan tatkala jendela perpindahan kedua masih lagi dibuka dengan kelab-kelab Liga Super rancak mendatangkan pemain baharu.
Azam telah beraksi sebanyak 15 perlawanan Liga Super dan mencatatkan dua bantuan gol.
Kontrak Azam bersama Terengganu berakhir 2025 namun bakal ditebus sekiranya khidmtanya benar-benar diperlukan oleh kelab berkenaan.