Sebuah Pasukan Elit Liga Super Dikatakan Memotong Gaji Staff Sesuka Hati
Dunia
leovalente / pixabay
Advertisements

Sebuah pasukan ‘elit’ Liga Super Malaysia yang berjaya memcatatkan 4 kemenangan selepas beberapa perlawanan kini tercalit dengan masalah dalaman.

Menurut sumber berkenaan, gaji barisan kejurulatihan dipotong sesuka hati tanpa persetujuan bersama dan pelbagai keputusan lain dibuat tanpa persetujuan.

Selain gaji, KPI ditetapkan pihak pengurusan juga tidak berlandaskan perbincangan bersama dengan barisan kejurulatihan sebaliknya ianya ditetapkan mengikut pilihan pihak pengurusan sendiri.

Advertisements

“KPI ditetapkan saat akhir sebelum kontrak ditandatangani dan dianggap sebagai persetujuan bersama sedangkan tiada perbincangan berlangsung.

“Gaji ditawarkan juga selepas gaji musim lepas dipotong, tiada sebarang perbincangan, sesuka hati.

“Semua barisan kejurulatihan menerima kesannya.” Jelas sumber berkenaan.

Advertisements

Diharapkan pasukan berkenaan mencapai kata putus selari dengan semua barisan kejurulatihan dan pemain demi kemajuan bola sepak Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram