Ads
Liga Super
Ghanasoccernet / Selangor FC

Banyak pihak yang terkejut selepas melihat penyerang baharu Selangor FC, Richmond Yiadom Boakye rebah selepas bertembung dengan penjaga gol Selangor, Samuel Somerville pada aksi Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) tempoh hari.

Advertisements

Insiden pada minit ke-10 perlawanan itu telah mendapat perhatian pasukan medik kedua-dua pasukan yang pantas memberikan rawatan awal kepada penyerang dari Ghana itu. Boakye terus dikeluarkan selepas itu dan beliau disahkan mengalami cerebral concussion atau gegaran pada otak.

Advertisements

Selepas dibuat kajian, ianya bukanlah insiden pertama yang mengakibatkan Boakye mengalami cerebral concussion. Ini kerana, sebelum ini Boakye pernah dua kali mengalami kecederaan yang sama di dua liga yang berbeza.

Advertisements

Advertisements

Pada tahun 2013, Boakye mengalami kecederaan kepala ketika menyarung jersi Elche dalam saingan La Liga. Insiden tersebut berlaku selepas Boakye cuba melakukan cabaran ke atas penjaga gol Granada, Roberto namun ianya berakhir dengan Boakye rebah di atas padang.

Insiden kedua pula berlaku pada tahun 2016 di mana Boakye pada ketika itu mewakili kelab Latina dalam saingan Serie B Itali. Dalam perlawanan yang menemukan Latina dan Cittadella itu, Boakye mengalami gegaran otak selepas berlanggar dengan pemain Cittadella pada minit ke-17 perlawanan.

Advertisements

Akibat daripada insiden tersebut, Boakye terus dikeluarkan dan dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Ini bermakna kejadian Boakye rebah ketika perlawanan menentang JDT itu adalah kali ketiga buat Boakye sepanjang karier profesional beliau.

Advertisements

Boakye dijangka akan direhatkan dalam aksi Piala Malaysia yang menemukan Selangor dan PDRM FC pada esok kerana beliau masih lagi dalam proses fasa pemulihan selepas kecederaan tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram