Pemain sayap Sabah FC, Saddil Ramdani berpotensi besar untuk meninggalkan pasukan pada akhir musim ini.
Tonggak kelahiran Indonesia itu sudah bersama The Rhinos selama empat musim dan membantu pasukan untuk menduduki tempat ketiga Liga Super selama tiga musim berturut-turut.
Jodoh beliau bersama pasukan di bawah bayu itu berkemungkinan tidak akan berkekalan selepas bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah FC, Marzuki Nasir memberi bayangan awal tentang masa depan pemain tersebut.
Perkongsian di laman sosialnya memaklumkan bahawa Saddil difahamkan akan meninggalkan pasukan untuk membawa haluan ke tempat baharu.
“Selamat jalan dan semoga terus sukses dalam karier.
“Sekali bergelar The Rhinos, kekal selamanya,” ujar Marzuki pada satu hantaran.

Antara pencapaian terbaik Saddil bersama Sabah FC adalah ketika membantu pasukan untuk melangkah ke pentas separuh Piala AFC 2023.
Sabah kini menghuni tangga ketiga Liga Super dengan 40 mata selepas 23 perlawanan dan berpotensi untuk mengekalkan posisi tersebur buat musim keempat berturut-turut.