Ads
“Selamat Maju Jaya Kim Pan-gon” – Tunku Ismail
Harimau Malaya
HRHJohorII

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor mengucapkan selamat maju jaya kepada bekas pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon.

Advertisements

Tunku Ismail pada semalam telah bertemu dengan Kim Pan-gon di sebuah hotel ST Regis di Kuala Lumpur. Baginda dalam satu kenyataan di laman X sebelum ini menyatakan minat untuk bertemu dengan pengendali kelahiran Korea Selatan itu.

Advertisements

Baginda menyatakan bahawa baginda telah mengadakan satu perbincangan yang baik memgenai bola sepak bersama Kim Pan-gon.

Advertisements
Advertisements

“Semoga berjaya dan selamat maju jaya Kim Pan-gon. Satu perbincangan yang baik tentang bola sepak.”

Dalam hantaran yang dimuat naik Tunku Ismail di laman X, turut kelihatan ialah Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi yang turut sama hadir dalam perbincangan tersebut.

Advertisements
Advertisements

Untuk rekod, pengendali berusia 55 tahun itu dilantik sebagai jurulatih skuad kebangsaan Malaysia sejak Jun 2022. Beliau berjaya membawa Malaysia kecapi pelbagai kejayaan bersama Harimau Malaya seperti mara ke Piala Asia secara merit, menjadi Naib Juara Pestabola Merdeka 2023 dan King’s Cup pada tahun 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram