Selamat Tinggal Perak?
MakanBola
Perak FC
Sponsors

Pasukan Perak dilaporkan tidak akan beraksi dalam saingan Liga Super pada musim hadapan.

Sebelum ini, pasukan Perak dikaitkan dengan beberapa isu luar padang yang melibatkan tunggakan gaji pemain serta staf sehingga menjejaskan prestasi semasa skuad Seladang.

Ad

Terkini, laporan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan perjumpaan yang diatur pada pagi Jumaat antara pihak pengurusan dan pemain tampak tidak membuahkan hasil.

Ad

Lantaran itu, sekiranya tiada kata sepakat yang dapat dicapai oleh kedua-dua belah pihak, pasukan Perak bakal mengambil keputusan untuk berundur dari saingan Liga Malaysia musim hadapan.

“Tamatnya sebuah era, difahamkan Perak FC mengadakan satu perjumpaan bersama pemain pagi tadi dan dikatakan sudah buat keputusan untuk tidak beraksi musim depan,” lapor Zulhelmi Zainal Azam.

Ad

Sehingga kini tiada pengesahan rasmi daripada pihak Perak FC sendiri ketika mana tarikh akhir bagi melengkapkan Lesen Kebangsaan pada 30 April ini sudah hampir tiba.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments