“Selangkah Ke Piala Dunia” Netizen Indonesia Akui Hanya Seorang Pemain Tempatan Mampu Bersaing Di Pusingan 3
MakanBola
Timnas Indonesia
Sponsors

Seorang penyokong Indonesia berpandangan hanya Rizky Ridho Ramadhani yang mampu bersaing dalam pasukan itu untuk aksi pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.

Pandangan ini dilontarkan penyokong bernama Maz Nari selepas melihat Indonesia tewas 2-1 kepada China di Qingdao pada 15 Oktober lalu.

Ad
Sponsors

Selepas berjaya mengikat tiga pasukan dalam Kumpulan C, ramai penyokong menjangkakan anak buah Shin Tae-yong dapat meraih kemenangan pertama di peringkat kumpulan.

Ad

Malangnya, sangkaan mereka meleset apabila Behram Abduweli dan Zhang Yuning menjaringkan gol buat Dragon’s Team. Manakala Thom Haye menjaringkan gol saguhati buat Tim Garuda.

Lebih pahit, dua gol China terhasil akibat kesilapan kapten dan pemain pertahanan Port, Asnawi Mangkualam.

Ad

Atas sebab itu, Maz Nari merasakan daripada 11 pemain tempatan yang dipanggil memperkuat skuad Indonesia, hanya Rizky Ridho saja yang mampu beraksi setaraf dengan pemain warisan pasukan itu.

Ad

Beliau berharap pemain-pemain tempatan dapat bangkit dan kembali menunjukkan prestasi terbaik. Ini bagi memastikan pasukan itu memiliki peluang terbaik untuk mara ke Piala Dunia.

Ad

“Harus kita akui untuk pemain tempatan yang pantas untuk di pusingan ketiga, cuma Rizki Ridho. Yang lainnya perlu meningkatkan kemampuannya lagi.

“Kita sudah di pusingan ketiga, selangkah lagi menuju Piala Dunia, yang penting meraih mata sebanyak-banyaknya. Barisan kesebelasan utama seterusnya semuanya pemain keturunan semua tiada masalah,” katanya di ruang komen MakanBola Indonesia.

Selepas ini, Tim Garuda bakal mengharungi dua aksi kelayakan di tempat sendiri. Mereka akan menentang Jepun dan Arab Saudi pada 15 dan 19 November ini.

Ini disusuli pula dengan kempen ASEAN Championship 2024 yang membuka tirainya pada 8 Disember. Indonesia bakal membuka kempen Kumpulan B dengan menentang Myanmar pada 10 Disember.