Transfer
Barwell FC
Advertisements

Pasukan gergasi Lembah Klang, Selangor FC merupakan antara tiga pasukan Liga Super yang memburu khidmat pemain warisan Malaysia, Kobe Chong.

Advertisements

Sejak tiba di Malaysia baru-baru ini, pemain tengah berusia 22 tahun itu mengakui ada berhubung dengan beberapa pasukan Liga Super berkenaan soal perpindahan.

Kini, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan tiga pasukan yang dikhabarkan berminat mendapatkan Kobe ialah Selangor, Terengganu dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC).

Advertisements

Identiti tiga pasukan ini dinyatakan beliau selepas selesai menemubual bekas penyerang kebangsaan, Nizaruddin Yusof untuk program Nadi Arena.

“Sama ada Selangor, Terengganu atau JDT yang ketika ini menjadi (sebahagian daripada) spekulasi perpindahan Kobe Chong dalam Liga Malaysia,” katanya.

Advertisements

Tidak kira pasukan mana yang menjadi pilihan Kobe, Nizaruddin berharap pemain King’s Lynn Town itu bijak membuat pilihan. Ini kerana beliau harus membuat pilihan tepat sekiranya ingin merealisasikan impian beraksi untuk Harimau Malaya.

“Tiada masalah untuk saya. Mungkin dia nak membuktikan kebolehan yang dia ada untuk mencapai keinginan beraksi untuk skuad (Malaysia) Bawah 23 (Tahun) atau skuad kebangsaan.

Advertisements

“Bagi saya, dia perlu pandai memilih pasukan mana yang menginginkannya bermain. Kerana kalau kita lihat desas-desus, ada tiga pasukan yang mahukan khidmat beliau,” katanya.

Atas sebab itu, Nizaruddin melihat ada tiga aspek yang perlu menjadi keutamaan Kobe bila memilih pasukan. Tiga aspek tersebut ialah minit permainan yang banyak, pasukan yang sedia bermain bola sepak menarik dan keserasian dengan jurulatih.

Advertisements

Bekas penyerang Selangor itu melihat tiga aspek itu penting bagi membolehkan Kobe membuktikan keupayaannya di atas padang. Dan beliau melihat pasukan lamanya itu sesuai dengan bekas pemain West Brom itu.

“Tapi pendapat saya sebagai bekas pemain, saya rasa dia perlu mencari pasukan yang mahu bermain, mendapat minit permainan yang banyak dan keselesaan dia dengan (jurulatih macam jurulatih Selangor) Coach Nidzam Jamil.

“Saya nampak Coach Nidzam Jamil jenis jurulatih yang banyak memberi peluang kepada pemain-pemain muda bermain dalam kesebelasan utama.

“Jika dia diberi peluang untuk bermain, saya rasa dia mungkin dapat membuktikan keupayaannya dalam masa terdekat,” tambahnya lagi.

Mana-mana kelab yang mahu mendapatkan Kobe perlu berbelanja besar. Ini kerana beliau ketika ini masih memiliki kontrak dengan kelab National League North itu sehingga Jun 2025 berdasarkan semakan di Transfermarkt.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram