Selangor Bakal Umum Tan Cheng Hoe Selaku Jurulatih Baharu ?
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dikhabarkan bakal menamatkan teka-teki mada depannya apabila beliau dikatakan sudah diikat Selangor.

Ketua jurulatih berusia 54 tahun itu memiliki reputasi yang amat baik di pentas bola sepak Malaysia selepas membantu Kedah menjulang Piala Malaysia pada tahun 2016 dan juga Piala FA 2017.

Ad

Walau bagaimanapun, setelah dikaitkan dengan beberapa pasukan, pengendali kelahiran Alor Setar itu dilaporkan bakal ke Lembah Klang musim hadapan.

Ad

Menuru laporan oleh Flash Sukan, kenyataan rasmi mengenai Cheng Hoe akan diumumkan dalam tempoh terdekat ini.

Reputasi selain falsafah permainan bola sepak moden yang diterapkan oleh beliau sudah pasti mampu untuk memacu kebangkitan bola sepak The Red Giants setelah sekian lama terumbang-ambing.

Ad

Cheng Hoe yang pernah menimba pengalaman bersama Datuk K. Rajagopal  pernah membawa skuad senior kebangsaan menjadi naib juara Kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 serta dinobatkan Anugerah Jurulatih Terbaik Bolasepak Malaysia (FAM) 2016.

Ad

Selangor kini berada pada kedudukan ke-8 Liga Super selepas mengharungi 18 perlawanan dengan hanya berjaya mengutip 20 mata.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Malaysian Football League (@mfl_my)