Selangor Bayar Harga Mahal Tewaskan Terengganu
MakanBola
Terengganu FC
Sponsors

Selangor FC terpaksa membayar harga mahal untuk meraih kemenangan ke atas Terengganu FC dalam aksi terbaru liga pada 28 September lalu.

Ini selepas penjaring terbanyak mereka dari Chile, Ronnie Fernandez tidak dapat meneruskan permainan kerana kecederaan peha.

Ad

Keadaan ini memaksa pengendali Selangor, Nidzam Jamil memasukkan Aliff Haiqal Lau pada minit ke-65 untuk menggantikan Fernandez.

Ad

Sebelum itu, bekas penyerang Al-Fayha itu meledakkan gol tunggal perlawanan seawal 30 saat pada separuh masa pertama.

Gol kelapan Fernandez dalam liga sudah cukup buat Merah Kuning membawa pulang tiga mata. Ini juga kali pertama Selangor menewaskan Peteh dua kali berturut-turut sejak musim 2019.

Ad

Apabila ditanya tentang masalah kecederaan Fernandez, Nidzam mengakui ketiadaan penyerang Chile itu bakal menyukarkan perancangannya untuk kempen liga dan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Ad

Atas sebab itu, beliau menunggu laporan doktor pasukan untuk mengetahui sama ada kecederaan Fernandez serius atau sebaliknya.

Ad

“Saya rasa situasi ini bukan hanya tentang Ronnie (Fernandez) saja. Mana-mana pemain yang mengalami kecederaan, kita akan pantau sebaik mungkin.

“Kita tak nak (ada pemain cedera) sebab kita bermain di ACL (dan) kita akan ada dalam liga, jadi ada banyak perlawanan. Kita tak nak benda-benda macam ini mengganggu perjalanan kita.

“Tapi sudah tentu tentang Ronnie, kita kena tunggu pengesahan daripada doktor pasukan terlebih dahulu,” katanya dalam temu bual selepas perlawanan.

Selepas ini, Selangor mengalihkan fokus kepada aksi kedua Kumpulan H ACL2 menentang wakil Filipina, Dynamic Herb Cebu. Mereka bakal berdepan pasukan itu di Stadium MBPJ pada 3 Oktober ini.

Sebelum ini, Merah Kuning mengutip satu mata dalam Kumpulan H selepas mengikat Muangthong United 1-1 di Bangkok, Thailand pada 19 September lalu.