Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Pihak Selangor FC memberi respon terhadap keputusan yang dikeluarkan oleh Malaysian Football League (MFL).

Advertisements

Sebentar tadi, MFL telah memutuskan hukuman kepada pasukan Selangor kerana ketidakhadiran ke perlawanan sumbangsih yang juga aksi pertama perlawanan Liga Super 2024.

Selangor FC mengeluarkan kenyataan bahwa pihak kelab sedia maklum dengan keputusan yang telah diputuskan.

Advertisements

“Pihak Kelab mengambil maklum akan keputusan Malaysian Football League (MFL) tentang kes ketidakhadiran Selangor FC ke Perlawanan Piala Sumbangsih yang juga merupakan aksi pertama Liga Super pada 10 Mei lalu.

Selangor FC juga menegaskan bahwa pihak kelab telah membuat permohonan untuk penangguhan perlawanan ekoran kes jenayah yang berlaku kepada pemain Selangor, Faisal Halim dan beberapa pemain negara. Namun, ianya ditolak oleh pihak MFL.

Advertisements

“Untuk makluman, pihak Kelab telah memohon penangguhan perlawanan tersebut selepas kes jenayah serangan asid terhadap Faisal Halim pada 5 Mei yang lalu, dan beberapa lagi insiden lain yang melibatkan pemain bola sepak tanah air, namun permohonan tersebut telah ditolak.

Selangor FC ketika ini sedang merancang langkah seterusnya untuk memberi respon segera mengenai keputusan ini. 

“Oleh itu, pihak Kelab sedang meneliti dan mengkaji semua saluran yang bersesuaian untuk mengambil tindakan seterusnya,” kenyataan kelab Selangor FC dipetik daripada X.

Selangor FC telah dikenakan empat hukuman antaranya ialah perlu membayar pampasan sebanyak RM100,000, pampasan kerugian tuan rumah dan MFL, pemotongan 3 mata dan aksi tanpa penonton ketika menentang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram