Selangor Beri Sokongan Padu Kepada Faisal Halim
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Pengurusan Selangor FC terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim.

Sebelum ini, peguam Faisal, Nik Zarith Nik Moustpha memaklumkan kes serangan asid yang dialami pemain sayap berusia 27 tahun itu pada 5 Mei 2024 sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Ad
Sponsors

Ini selepas mereka menerima surat makluman daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung kes tersebut.

Ad

”Walau bagaimanapun, kami telah menerima satu surat daripada Jabatan Peguam Negara, di mana pihak kami dimaklumkan bahawa kes ini sudah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (No Further Action),” katanya.

AGC turut memaklumkan usaha menjejaki dalang di sebalik tindakan jenayah itu gagal membuahkan hasil.

Ad

”Surat itu juga memaklumkan pihak PDRM tidak dapat mengesan sebarang petunjuk yang dapat mengaitkan kes ini dengan mana-mana individu sebagai suspek.”

Ad

”Segala usaha yang telah dijalankan bagi tujuan tersebut tidak membuahkan hasil,” tambah Nik Zarith lagi.

Ad

Susulan itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr Johan Kamal Hamidon memaklumkan pengurusan pasukan itu akan sentiasa berdiri teguh di belakang Faisal.

Beliau juga berharap bekas pemain sayap Terengganu FC itu mendapat keadilan sewajarnya dan kembali beraksi pada tahap terbaik.

“Kami rasa kami tidak mempunyai komen lanjut tentang isu ini. Kami menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

“Dari pihak kelab, kami akan terus beri sokongan penuh kepada Faisal Halim. Kami berharap beliau akan mendapat keadilan sewajarnya dan Insya Allah, semoga Mickey dapat kembali menemui prestasi terbaik,” katanya.

Insiden pada 5 Mei itu menyaksikan Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat. Kecederaan tersebut turut memaksa beliau beberapa kali menjalani pembedahan.

Insiden itu turut dibawa dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Julai 2024. Usul mengecam perbuatan ganas terhadap atlet seperti Faisal mendapat persetujuan sebulat suara semua ADUN.

Sidang DUN sama turut menyaksikan semua ADUN Selangor menggesa pihak berkuasa menyiasat insiden tersebut dengan teliti dan hasil siasatan didedahkan kepada umum.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments