Skuad Selangor FC telah berangkat ke Bangkok, Thailand untuk musim pramusim sebagai persiapan awal bagi menghadapi perlawanan Liga Super yang bakal berlangsung Mei ini.
Selain membuat persiapan awal, tujuan utama Selangor mengadakan perlawanan persahabatan dua kelab di Thailand adalah bagi menguji tahap pasukan dan menjalankan aktiviti ‘team building’ untuk membina semangat pasukan pada setiap pemain, serta mendapatkan keserasian antara pemain, pegawai dan jurulatih sebelum liga bermula.
Dalam pada itu, pemain Selangor, Safuwan Baharudin mengatakan setiap pemain tidak sabar untuk beraksi di pramusim di Thailand nanti.
Beliau juga percaya dengan tahap kecergasan pasukan akan memberikan yang terbaik pada aksi tersebut. Dan daripada perlawanan persahabatan itu, pasukan dapat mencari dari mana kelemahan dan kelebihan pasukan.
“Saya pasti semua pemain tidak sabar menunggu sesi pramusim di Bangkok. Ini akan menjadi ujian pertama buat kami kerana pasukan itu akan menentang dua kelab Thailand yang kini aktif dalam liga mereka.”
“Jadi, saya percaya mereka tahap kecergasan pastinya akan membantu kita untuk mengukur dari segi ketahanan, kebolehan teknikal dan taktikal dari perlawanan persahabatan tersebut.”
“Dalam masa yang sama ia akan membantu jurulatih membuat keputusan dalam merancang sistem yang bakal kita gunakan,” katanya di SelangorFC.com.
Pihak pengurusan mengharapkan kejayaan pramusim di Bangkok, Thailand dan setiap pemian dalam skuad akan memanfaatkan peluang yang disediakan sebaik mungkin untuk menyiapkan skuad menghadapi liga sebelum ia bermula.