Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Peluang kedua diberikan buat Selangor bagi mengemukan rayuan berkenaan hukuman yang dikenakan oleh pihak Malaysian Football League sebelum ini.

Advertisements

Pada petang Selasa, pihak MFL telah mengeluarkan satu kenyataan berkaitan hukuman yang dikenakan kepada Selangor FC di atas keputusan menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih pada Mei lalu.

Empat hukuman telah dikenakan termasuklah larangan kemasukan penonton bagi aksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan ke-14 liga nanti selain denda berupa wang dan pemotongan mata.

Advertisements

Perkara ini telah menarik perhatian warga peminat bola sepak tempatan dan isu ini telah kecoh di media sosial sehingga Selangor FC memuatnaik satu kenyataan balas pada malam tersebut bagi memberi respon terhadap hukuman berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam yang ditemui pada Rabu berkata, pihak Selangor boleh mengemukan rayuan di atas denda yang dikenakan untuk diteliti oleh badan rayuan dan dipertimbangkan sekiranya perlu.

Advertisements

”Daripada empat rayuan tersebut, badan rayuan akan meneliti proses keputusan dibuat, jikalau daripada empat perkara tersebut perlu kepada satu atau dua perkara dipertimbangkan semula, (maka) boleh diambil daripada badan rayuan,” kata Stuart kepada pihak media.

Tambahnya lagi, tempoh empat hari maksimum diberikan untuk Selangor mengemukan rayuan sebelum dokumen akan diteliti dan badan rayuan akan bersidang yang memakan masa hampir sebulan.

Advertisements

“Pasukan Selangor mempunyai tiga atau empat hari untuk mengemukan surat rayuan dan selepas itu badan akan meneliti dokumen yang relevan dan akan bersidang mungkin dua hingga empat minggu,” tambah beliau yang ditemui di Putrajaya.

Selangor yang kini berada di tangga kedua carta Liga Super 2024/2025 dengan mengutip sembilan mata bakal jatuh ke tempat keempat liga dengan enam mata setelah hukuman pemotongan mata ini diambil kira.

Advertisements

Selepas ini, anak-anak buah Nidzam Jamil akan terbang ke Bumi Kenyalang untuk berdepan Kuching City dalam aksi pertama suku akhir Piala FA 2024/2025 di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram