Selangor Futsal ‘Malukan’ Kelab Vietnam, Sanvinest Khanh Hoa
UltraSukan
LS Cup

Selangor memulakan kempen pra musim dalam kejohanan Ho Chi Minh City Futsal Open dengan meraih kemenangan ke atas wakil tuan rumah, Sanvinest Khanh Hoa dalam aksi kumpulan B.

Selangor bermula garang dengan beberapa gerakan merbahaya ke arah kubu lawan menerusi Muhammad Faris dan pemain import, Matheus Vasconcelos.

Ad
Advertisement

Sanvinest Khanh Hoa juga sesekali hadir menguji gawang Selangor namun kekebalan penjaga gol Syawal Sabaruddin berjaya menafikan peluang wakil tuan rumah itu.

Ad

Akhirnya, anak-anak buah Edgar Eder Baldasso berjaya memecah kebuntuan jaringan menerusi Khaiyum Khaimi yang menyambut hantaran Khairul Effendy lima minit sebelum tamat separuh masa pertama.

Jaringan tersebut kekal hingga berakhirnya separuh masa pertama dengan keputusan 0-1 memihak Selangor.

Ad
Advertisement

Aksi separuh masa kedua menyaksikan Selangor bermain lebih agresif dan berjaya menjaringkan gol kedua menerusi rembatan leret Matheus Vasconcelos.

Advertisement

Asakan bertali arus dari The Red Giants terus membuahkan hasil apabila Matheus Vasconcelos sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring untuk Selangor terus melebarkan jaringan.

Sanvinest Khanh Hoa dilihat tudak berupaya menahan serangan Selangor dan hanya mampu bertahan untuk melancarkan serangan balas.

Keputusan Sanvinest Khanh Hoa 0-3 Selangor kekal sehingga tamat permainan.

Advertisement

Selangor akan meneruskan aksi kumpulan B berdepan Blackpearl United dari Thailand pada Ahad sebelum menghadapi tentangan satu lagi kelab Vietnam, Thai Son Nam pada Isnin.