Selangor Futsal Raih Tempat Ketiga, Kalahkan Thai Son Nam
UltraSukan
LS Cup
Sponsors

Hajat Selangor FC Futsal meraih tempat ketiga Ho Chi Minh City Futsal Open tercapai selepas menafikan Thai Son Nam menerusi penentuan sepakan penalti.

The Red Giants dan Thai Son Nam sebelum itu terikat 4-4 dalam perlawanan penuh yang menghiburkan untuk menentukan tempat ketiga dan keempat kejohanan.

Ad
Sponsors

Kedua-dua pasukan berharap dapat menutup kempen mereka dengan kemenangan. Bagi Thai Son Nam, ini juga peluang untuk membalas dendam selepas tewas kepada Selangor dalam Kumpulan B.

Ad

Ton That Phi menceriakan penyokong Vietnam dengan meletakkan Thai Son Nam di hadapan. The Red Giants makin tertekan apabila Nguyen Minh Tri menggandakan kelebihan mereka dengan 2-0.

Pemain import baru Selangor, Wellington Pereira memastikan mereka tidak ketinggalan dengan menjadikan kedudukan 2-1.

Ad

Nhan Gia Hung memastikan Thai Son Nam selesa mendahului 4-1 semasa rehat separuh masa dengan dua gol.

Ad

Bersambung pada babak kedua, wakil Vietnam itu mula cemas apabila Wellington menyumbat gol kedua Selangor.

Thai Son Nam makin cemas apabila Syahir Iqbal menyempurnakan hantaran Wellington bagi menjadikan kedudukan 4-3.

Keadaan ini memaksa wakil Vietnam itu terpaksa bekerja keras menyerap asakan barisan serangan The Red Giants.

Tekanan yang dikenakan Selangor akhirnya membuahkan hasil. Khairul Effendy memastikan kedua-dua pasukan terikat 4-4 selepas menyudahkan hantaran Wellington.

Ini memaksa perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti. Syaifuddin Syukri Ibrahim Lincoln muncul wira dengan menafikan dua penalti Thai Son Nam.

Kemenangan The Red Giants disahkan menerusi penalti terakhir yang diambil Aizad Daniel. Wellington diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan hari ini.