Selangor Ingin Kekalkan Mentaliti Kemenangan
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Menjelang aksi final RCTI Premium Sports, jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil mahu anak buahnya mengekalkan mentaliti kemenangan mereka.

Kempen awal Liga Super musim 2024/25 menyaksikan Merah Kuning merekodkan kemenangan ke atas Kedah Darul Aman (KDA FC) dan Negeri Sembilan FC.

Ad

Momentum itu kemudiannya diteruskan dalam RCTI Premium Sports apabila Selangor menewaskan Sabah FC dalam aksi awal kejohanan.

Ad

Meskipun mengakui kejohanan ini berstatus kejohanan persahabatan, Nidzam melihat semangat dan mentaliti kemenangan yang dimiliki anak buahnya perlu dikekalkan.

Ini kerana mentaliti sebegini amat membantu apabila saingan Piala FA membuka tirainya selepas kalendar antarabangsa bulan Jun berakhir.

Ad

“Walaupun ini (RCTI Premium Sports) kejohanan persahabatan, kita tetap akan bawa semangat dan mentaliti yang sama seperti perlawanan-perlawanan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Ad

Final RCTI Premium Sports bakal menemukan Selangor dan kelab Liga 1 Indonesia, Persija Jakarta yang berlangsung pada malam ini.

Ad

Sementara Sabah pula akan berentap dengan satu lagi kelab Indonesia, PSIS Semarang untuk penentuan tempat ketiga kejohanan.