Ads
Selangor Jadikan Mohammad Abualnadi Aset Di ACL2
ACL
Selangor FC

Bintang baru Selangor FC, Mohammad Abualnadi bakal menjadi aset pasukan itu dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Advertisements

Hal ini dinyatakan sendiri pengendali Merah Kuning, Nidzam Jamil selepas perpindahan pemain berusia 23 tahun itu diumumkan.

Advertisements

Pemain berdarah Jordan-Amerika Syarikat itu memulakan kerjayanya bersama Akademi Sporting Kansas City ketika berusia 18 tahun.

Advertisements
Advertisements

Abualnadi kemudinnya berkelana di Amerika selama lima musim. Beliau beraksi untuk beberapa pasukan seperti Pittsburgh Panthers, Notre Dame Fighting Irish dan Sporting Kansas City II.

Sebelum menyertai Selangor, Abualnadi turut beraksi untuk dua kelab Timur Tengah iaitu Al-Hussein SC (Jordan) dan Al Qasim SC (Iraq).

Advertisements

Nidzam percaya keupayaan pemain Jordan itu beraksi di pelbagai posisi di sebelah kiri bakal membantu Selangor dalam mendepani kempen Kumpulan H ACL2.

“Sebagai jurulatih, saya percaya beliau akan menjadi aset bernilai kepada pasukan sebagai pemain pertahanan dan pemain sayap di sebelah kiri.

“Saya juga melihat potensinya untuk memperkukuh dinamik barisan pertahanan terutama dalam kempen ACL2 musim 2024/25,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Abualnadi menjadi pemain import terbaru Selangor untuk musim 2024/25 selepas Ali Olwan, Ronnie Fernandez, Yohandry Orozco, Umarbek Eshmurodov, Alvin Fortes, Noor Al-Rawabdeh dan kapten, Safuwan Baharudin.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram