“Selangor Lebih Klinikal” – Nafuzi Zain
Liga Super
Nabil/ Makanbola
Advertisements

Kekalahan 0-1 yang menimpa Kedah Darul Aman FC di tangan Selangor FC semalam telah memadam harapan skuad Sang Kenari untuk ke pentas asia musim hadapan.

Mengulasa mengenai perlawanan tersebut, Jurulatih Kedah, Nafuzi Zain berpendapat kedua-dua pasukan telah bermain dalam satu perlawanan yang berintensiti tinggi namun Selangor lebih klinikal untuk menyudahkan peluang.

“Bagi saya, saya cukup berbangga dengan pemain saya. Kita tahu perlawanan berintensiti tinggi. Dari mula sampai tamat perlawanan, pemain sudah memberikan segalanya yang terbaik.

Advertisements

“Tapi kita lihat siapa yang lebih klinikal. Cipta peluang dan menyudahkan peluang, Selangor ada (dua perkara) itu malam ini,.

“Kita dah mencipta peluang tapi tiada penyudah. Malam ni Selangor walaupun satu jaringan tapi sudah memadai. Tapi kita dah ketinggalan 1-0, kita tetap mencuba dan mencuba sampai habis,” jelas Nafuzi.

Dengan berbaki satu sahaja lagi perlawanan iaitu menentang pasukan di tangga keempat liga, Sabah FC, Nafuzi menegaskan pasukan akan cuba mendapatkan tempat terbaik iaitu tempat ketiga.

Advertisements

Secara keseluruhan, untuk tahun pertama karier Nafuzi bersama pasukan Kedah, beliau nyata berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan para pemainnya untuk saingan liga musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram