Selangor Kini Miliki Skuad Futsal Baharu
UltraSukan
Selangor FC
Advertisements

Musim baru Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) bakal menyaksikan wajah baru Selangor MAC.

Selangor MAC bakal dikenali dengan nama baru iaitu Selangor FC. Pengumuman pertukaran nama tersebut dibuat menerusi laman media sosial rasmi mereka hari ini.

Dengan pengumuman tersebut, mereka menjadi satu-satunya pasukan yang mewakili Selangor dalam saingan MPFL.

Advertisements

Walaupun kini berwajah baru, pasukan itu tetap mengekalkan Edgar Eder Baldasso sebagai jurulatih sambil dibantu Ahmad Khairi dan Shao Yao Eoh.

“Kami ialah Selangor FC (futsal), dahulunya dikenali sebagai Selangor MAC. Sekarang, kami satu-satunya pasukan yang mewakili Selangor.

“Pengurusan pasukan dan barisan kejurulatihan masih sama. Kami berdarah merah kuning,” kata pihak pengurusan dalam satu kenyataan di Instagram.

Advertisements

Perubahan ini dijangka bukan satu-satunya perubahan yang bakal dilakukan Selangor. Ini kerana pasukan itu juga dijangka mencari pemain import baru bagi menggantikan pemain import Jepun, Takeshi Higuchi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram