Selangor Mara Ke Final
Dunia
selangor fc
Advertisements

Skuad B-19 tahun Selangor berjaya mara ke peringkat akhir Piala Belia 2022 selepas menumpaskan PJ City FC dengan agregat 2-0 bagi perlawanan separuh akhir kedua di Stadium MBPJ, Petaling Jaya.

Dua gol tersebut dijaringkan oleh penyerang muda, Mohd Khairil Mohd Zain yang merupakan pengempur paling berbisa Selangor FC.

Perjalanan yang berliku dilalui Selangor pada aksi suku akhir pertama apabila tewas dengan jaringan 3-1 kepada AMD B-16 tahun.

Advertisements

Namun, skuad muda Selangor ini pamer kebangkitan luar biasa apabila menang 7-0 AMD B-16 Tahun bagi aksi suku akhir kedua dengan agregat 8-3 untuk layak ke separuh akhir.

Ketua Jurulatih B-19 Selangor, Firdaus Tan sangat berpuas hati dengan corak permainan ditampilkan anak buahnya yang bertungkus lumus hingga ke saat ini.

Skuad B-19 Tahun Selangor akan bertemu Sri Pahang B-19 bagi aksi peringkat akhir Piala Belia 2022 yang dijadualkan pada 26 Ogos ini.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram