Selangor Muncul Juara Dunia
UltraSukan
Esports World Cup
Sponsors

Pasukan e-sukan Selangor FC mencipta sejarah apabila muncul juara dunia Mobile Legends: Bang Bang Mid-Season Cup 2024 (MLB MSC 2024) di Riyadh, Arab Saudi.

Pasukan e-sukan Selangor atau nama rasminya Yoodoo Selangor Red Giants (SRG) muncul juara apabila menewaskan wakil Filipina, Falcons AP. Bren di pentas grand final dengan keputusan 4-3.

Ad

Kelebihan tampak memihak Falcons AP. Bren memandangkan pasukan itu memegang status sebagai juara bertahan. Malah, pada awalnya, mereka mendahului 1-0 selepas merekodkan kemenangan 23-16.

Ad

Status pihak lawan langsung tidak menggentarkan SRG. Mereka kemudiannya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Sekyss.

Pemilihan di peringkat Draft Pick mengakibatkan anak buah jurulatih Michael Angelo Bocado itu dihukum pihak lawan. Ini membolehkan Falcons AP. Bren meraih kemenangan 22-6 dalam tempoh 15 minit.

Ad

Sekyss memastikan SRG mengikat kedudukan 2-2 menerusi kemenangan 18-4. Rentak ini diteruskan pada perlawanan kelima apabila Selangor mendahului 3-2.

Ad

Malangnya, pendahuluan itu tidak bertahan lama apabila Falcons AP. Bren kembali mengikat kedudukan 3-3. Ini selepas mereka merekodkan jumlah Kills 14-2 dalam tempoh 13 minit.

Ad

Keadaan ini memaksa perlawanan diheret ke perlawanan penentuan. Selangor memastikan kemenangan milik mereka dengan meraih kemenangan 21-10 dalam tempoh hampir 18 minit.

Kejayaan ini menyaksikan Selangor menerima hadiah wang tunai berjumlah AS$1 juta (RM4.67 juta). Sementara Sekyss atau nama sebenarnya Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman dipilih Pemain Paling Bernilai (MVP) MLB MSC 2024.