Selangor ‘Sambar’ Khidmat Kapten Harimau Malaya B-19
UltraSukan
FA Malaysia

Selangor FC mula mengatur langkah menghadapi kempen Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2026 dengan merekrut kapten skuad Malaysia B-19, Faaris Amsyar Marhaidi.

Perpindahan pemain berusia 18 tahun itu diumumkan pengurusan Selangor menerusi satu kenyataan di platform rasmi mereka.

“Tiada rahsia lagi, usah bertanya berteka teki, kapten Harimau Muda, Faaris Amsyar kini milik Merah Kuning.

“Menjadi di antara tonggak utama Harimau Muda dan menunjukkan ciri kepimpinan sepanjang AFF U-19 Futsal Championship tempoh hari, Faaris tampak bijak mengartikulasikan isi minda,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Faaris Amsyar mencuri tumpuan apabila memimpin skuad Malaysia B-19 meraih tempat ketiga ASEAN Futsal Cup B-19 baru-baru ini.

Sebelum menyertai Selangor, beliau menjadi sebahagian daripada pasukan Kelantan FT yang bergelar juara Kejohanan Futsal B-19 Kebangsaan 2025.

Sebelum ini, Selangor turut dikaitkan dengan perpindahan bintang Piala Dunia dari Brazil, Marlon Araujo.