Ads
Selangor Sambar Nikola Jambor
Transfer
Selangor FC

Selangor terus memperkukuh cabaran musim 2024/25 dengan mendapatkan khidmat pemain tengah Croatia, Nikola Jambor.

Advertisements

Perpindahan bekas pemain tengah Hajer FC itu diumumkan pengurusan Merah Kuning di platform media sosial rasmi mereka.

Advertisements

“Nikola Jambor telah diumumkan secara rasmi hari ini sebagai pemain tengah terbaru untuk Selangor FC selepas Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) beliau diluluskan yang membolehkannya menyertai The Red Giants untuk musim Liga Malaysia 2024/25.

Advertisements
Advertisements

“Sertai kami dalam mengalu-alukan pemain tengah menjulang tinggi baru kami, Nikola Jambor dari Croatia.

“Niko memulakan karier bola sepaknya dengan Slaven Belupo Koprivnica dan NK Koprivnica sebelum beraksi di beberapa negara sepanjang kariernya termasuk Belgium, Portugal dan Arab Saudi,” kata pengurusan kelab dalam satu kenyataan.

Advertisements

Jambor menjadi tonggak import Selangor untuk musim ini selepas Mohammad Abualnadi, Ali Olwan, Ronnie Fernandez, Yohandry Orozco, Alvin Fortes, Alex Agyarkwa, Umarbek Eshmurodov dan kapten pasukan, Safuwan Baharudin.

Bekas pemain Rio Ave itu mengakui beliau terus menerima tawaran Merah Kuning selepas mendengar tawaran yang dibuat menerusi ejennya.

“”Saya ada menerima panggilan daripada ejen saya mengenai tawaran yang telah menarik perhatian penuh saya.

“Rancangan pihak kelab telah disusun dan sejajar dengan objektif serta misi saya, menjadikannya sukar untuk ditolak kerana saya benar-benar teruja untuk bersama keluarga baru ini dan bekerjasama ke arah matlamat yang sama,” katanya.

Advertisements

Jambor mampu beraksi bukan saja sebagai pemain tengah tetapi juga sebagai pemain tengah bertahan. Selain Rio Ave dan Hajer FC, beliau juga pernah beraksi untuk KSC Lokeren (Belgium), Moreirense (Portugal), NK Osijek dan NK Koprivnica (Croatia).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram