Meskipun tidak lagi bersama Selangor FC, pasukan itu sentiasa berada dalam ingatan bek tengah Uzbekistan, Umar Eshmurodov.
Perkara ini dikongsikan bek tengah berusia 32 tahun itu selepas meninggalkan Merah Kuning pada penghujung Disember 2024.
Umar kemudiannya kembali ke Uzbekistan untuk menyertai kelab lamanya, FC Nasaf. Walaupun tidak lagi bersama Selangor, beliau menghargai tempohnya sepanjang berada di Malaysia.
“Saya amat berterima kasih kepada pengurusan kelab, pemain-pemain, jurulatih-jurulatih dan semua orang yang menyokong saya sepanjang tempoh ini,” katanya di Instagram.
“Terima kasih juga kepada peminat-peminat kita yang hebat – anda menjadi sumber sokongan dan inspirasi sebenar dalam setiap perlawanan.”
“Tahun ini akan kekal dalam hati saya buat selamanya. Kita akan sudah tentu bertemu lagi! Selangor FC akan sentiasa jadi juara di hati saya!”
Sepanjang bersama Selangor, beliau merekodkan 19 penampilan, satu gol dan satu bantuan gol dalam semua kejohanan termasuk Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).