Selangor Sudah Persiap Pengganti Safuwan Baharudin?
MakanBola
Penang FC
Sponsors

Selangor FC dilihat sudah memiliki pengganti seandainya kapten, Safuwan Baharudin tidak bersama pasukan itu pada musim hadapan.

Ini selepas wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi memaklumkan Richmond Ankrah bakal kembali menyertai Selangor selepas tamat tempoh pinjaman bersama Penang FC.

Ad

Sepanjang bersama Sang Harimau Kumbang, beliau membentuk gandingan mantap dengan kapten, Rafael Vitor.

Ad

Ankrah sudah merekodkan 26 penampilan dalam semua kejohanan untuk Penang sepanjang musim 2024/25.

Sekiranya Safuwan tidak kekal bersama Selangor pada musim hadapan, mana-mana pertahanan termasuk Ankrah berdepan cabaran getir untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan beliau.

Ad

Statistik perebutan bola di udara yang dikongsikan Selangor menyaksikan bek tengah Singapura itu memiliki kadar perebutan bola di udara yang bagus sebanyak 71%.

Ad

Peratusan ini jauh meninggalkan Umarbek Eshmurodov yang merekodkan 58%, Harith Haiqal Adam Afkar (57%), Sharul Nazeem Zulpakar (51%) dan Ronnie Fernandez (50%).

Ad

Semakan di Sofascore pula menyaksikan Ankrah hanya merekodkan 38% untuk aspek perebutan bola di udara.

Bek tengah Ghana itu bukan satu-satunya pemain yang kembali ke Selangor selepas tamat tempoh pinjaman bersama Penang.

Penjaga gol kebangsaan, Sikh Izhan Nazrel juga kembali selepas menamatkan tempoh pinjaman di Pulau Mutiara.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments