Selangor bakal menguji kekuatan sebenar skuad muda gergasi Jepun, Kawasaki Frontale.
Perlawanan itu melibatkan skuad Selangor yang kini menyertai Junior World Soccer Challenge U12 2024 di Jepun.
Kejohanan ini melibatkan pertembungan 48 pasukan dari serata dunia dalam pertandingan selama 4 hari untuk mencari skuad muda terbaik di dunia.
Selangor B-12 berada dalam Kumpulan J bersama-sama Kawasaki Frontale B-12, Saltz Football Club dan juga Soltilo Select.
Ujian pertama skuad muda Gergasi Merah adalah berdepan Kawasaki Frontale B-12 sebelum turun berdepan Saltz Football Club.
Aksi terakhir bakal menemukan Selangor dengan Soltilo Select pada 21 Ogos 2024 untuk menentukan dua pasukan terbaik ke peringkat seterusnya.
Pendedahan ini sudah pasti amat berharga kepada pemain muda Selangor FC untuk terus berkembang pada masa hadapan.