Ads
Editorial
Edited By FZ

Penggunaan Selsun Blue dalam kalangan pemain bola sepak di Malaysia telah terbukti berjaya membantu mereka untuk menonjolkan rentak permainan yang sebenar.

Bola sepak merupakan sukan paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia dengan bilangan purata yang tinggi menunjukkan minat terhadap sukan bola sepak.

Selain merupakan aktiviti berpasukan, bola sepak juga merupakan acara sukan yang aktif dengan pemain-pemain berlari atas padang bola sepanjang permainan. Justeru itu, antara cabaran utama yang sering dialami oleh individu-individu ini termasuklah masalah kulit kepala berminyak dan kelemumur.

Situasi ini juga dialami oleh pemain bola sepak profesional di Malaysia yang menjalani rutin seharian yang aktif. Jadual yang padat termasuklah sesi latihan, sesi gimnasium dan sesi perlawanan bola sepak merupakan aktiviti-aktiviti aktif. Hal ini menyebabkan seseorang menjadi kuat berpeluh, dibelenggu masalah kulit kepala berminyak dan kelemumur.

Sebagai seorang idola dan atlet bola sepak, penampilan diri yang baik amatlah penting kepada pemain bola sepak di negara ini. Setiap gerak-geri mereka bermula dari fesyen baju, fesyen dan juga penampilan rambut menjadi  tumpuan khalayak ramai. Justeru itu, kebanyakan daripada mereka kini mula beralih untuk menggunakan syampu Selsun Blue.

Pemain bola sepak kebangsaan seperti Safawi Rasid, Dominic Tan, Wan Zack Haikal dan juga Hadi Fayyadh kini merupakan pengguna setia syampu Selsun Blue dan mengakui keberkesanannya dalam menangani masalah kulit kepala berminyak, gatal, dan kelemumur dengan efektif.

Perkongsian daripada 4 pemain berprofil tinggi negara ini membuktikan bahawa keadaan rambut dan kulit kepala amat penting bagi membantu mereka tampil secara konsisten setiap kali beraksi di atas padang.

Menurut Safawi Rasid, beliau kini gembira beraksi di Terengganu sambil lebih konfiden selepas menggunakan Selsun Blue untuk mengekalkan kesihatan kulit kepala.

“Sejak pakai syampu tu, aku rasa kulit kepala aku lebih segar,” ujar Safawi Rasid kepada pendandan rambut.

image 5 Selsun Blue Jadi Pilihan Pemain Bola Sepak Malaysia Tonjolkan Rentak Permainan Sebenar

Peminat juga mengesan keadaan rambut Hadi Fayyadh yang terjaga rapi sungguhpun ketika melakukan senaman dalam gimnasium.

“Ya betul saya sangat menjaga rambut dan kepala saya. Saya kongsikan kepada anda bahawa saya juga menggunakan Selsun Blue. Kalian kena cuba juga baru tahu keberkesanannya,” ujar Hadi Fayyadh dalam satu sesi siaran langsung di Instagram.

Selsun boleh didapati dalam tiga varian iaitu Selsun Blue Pro Extra Strength, Selsun Blue Pro Extra Moisturizing dan juga Selsun Blue Pro 2-in-1.

Selsun Blue Pro Extra Strength mengandungi bahan-bahan aktif dalam formulanya yang mampu untuk melawan kelemumur dan mencegahnya daripada berulang . Kandungan 1% bahan aktif Selenium Sulfide membantu mengawal kelemumur dan menyasarkan punca utama kelemumur (Malassezia Fungus).

Produk ini juga mampu melegakan kulit kepala yang gatal. Menthol yang terkandung di dalamnya bertindak untuk membantu melegakan kegatalan kulit kepala.

Bukan itu sahaja, kandungan ekstrak madu dalam formulanya juga berfungsi untuk melembabkan rambut dan mengelakkan rambut daripada menjadi kasar.

Kesimpulannya, penjagaan rambut yang baik adalah amat penting kerana ia boleh meningkatkan keyakinan diri seseorang dan membantu menonjolkan penampilan mereka yang terbaik. Pemilihan syampu yang diformulasikan khas untuk melawan kelemumur amat penting untuk menangani masalah tersebut. Pemilihan syampu yang salah bukan sahaja tidak akan menyelesaikan masalah kelemumur malah boleh memburukkan keadaan.

Oleh itu, adalah disyorkan untuk menggunakan syampu Anti-Kelemumur yang terbukti berkesan seperti Selsun Blue dalam pengendalian masalah kelemumur. Bertukarlah kepada Selsun Blue sekarang!

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram