“Semua Pasukan Kuat Tapi Pasukan Saya Paling Hebat”
UltraSukan
Faris/MakanBola
Sponsors

Bintang muda Kelana United FC, Putri Mia Alysa tidak gentar dengan cabaran finalis Liga Puteri Bawah 15 Tahun (B-15) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), SSS Leopard FC.

Kelana United bakal bersemuka dengan SSS Leonard di pentas final selepas kedua-dua pasukan mengatasi lawan masing-masing di pentas separuh akhir.

Ad
Sponsors

Kelana United menewaskan Sabah FC menerusi penentuan sepakan penalti. Sementara SSS Leopard pula membelasah FEM19 FC 4-0.

Ad

Malikah mengakui semua pasukan yang menyertai kejohanan ini kuat tetapi mereka tidak akan dapat mengatasi kehebatan Kelana United.

Ad

“Semua pasukan hebat tetapi bagi saya, pasukan sayalah (Kelana United paling hebat),” katanya kepada wartawan MakanBola, Faris Zukeiman selepas perlawanan hari ini.

Ad

Aksi final membabitkan Kelana United dan SSS Leopard bakal berlangsung pada 17 Disember ini di Padang Sime Darby, Bukit Jelutong, Shah Alam.

Ad