“Semua Pasukan Mahu Kalahkan JDT” – Tano Solari
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari memuji sikap kerja keras dan tidak pernah berputus asa pemainnya untuk terus mengekalkan rekod cemerlang setakat ini sungguhpun berdepan cabaran sukar untuk kekal konsisten.

Skuad Harimau Selatan kini masih kebal apabila mencatatkan rekod cemerlang terutamanya dalam Liga Super.

Ad

JDT kini mencatatkan 8 kemenangan berturut-turut dengan jaringan 36 gol dan hanya bolos satu sahaja gol setakat ini.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Malaysian Football League (@mfl_my)

Pengendali berusia 44 tahun itu bagaimanapun memuji komitmen yang diletakkan oleh anak buahnya dalam setiap perlawanan.

Ad

“Mereka (PDRM) merupakan pasukan yang bagus. Kamu tidak boleh kalahkan Kedah jika kamu bukan pasukan yang bagus.”

Ad

“PDRM merupakan sebuah pasukan yang beraksi amat baik dengan taktikal yang ampuh. Mereka pasti memiliki cara tersendiri berdepan JDT.”

Ad

Jurulatih kelahiran Argentina itu juga sedar setiap pasukan berusaha untuk menewaskan JDT dan ia menjadi cabaran buat pasukannya.

“Semua pasukan mahu kalahkan JDT. Jadi ia merupakan cabaran buat kami.”

“Saya gembira dengan pemain saya. Bola bukan hanya melihat kepada taktik tetapi ia melibatkan fokus dan tidak mengalah sepanjang 90 minit,” jelasnya kepada Astro Arena.

JDT bakal berdepan PDRM pada pusingan 16 Piala FA untuk terus melebarkan rekod cemerlang bagi musim 2023.