“Semua Rakyat Terengganu Berharap Kita Ke Final” – Faisal Halim
MakanBola
Terengganu FC
Sponsors

Pemain sayap pasukan Terengganu FC, Faisal Halim menyedari harapan yang tinggi diletakkan oleh rakyat Terengganu terhadap mereka untuk mara ke final sekali lagi.

Bintang berusia 24 tahun ini bagaimanapun tidak mahu perkara tersebut mengganggu fokus rakan sepasukan sebaliknya mahu memberikan yang terbaik pada aksi timbal balik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin kelak.

Ad

Mengulas lanjut, Faisal yakin Terengganu mampu mempertahankan kelebihan satu gol yang dibawa dari Cheras bagi melayakkan diri ke separuh akhir.

Ad

“Kami semua bekerja keras untuk mendapatkan satu keputusan yang baik.”

“Saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada penyokong Terengganu yang hadir memberikan sokongan.”

Ad

Bekas bintang Sri Pahang ini mahu rakan sepasukan terus bekerja keras dan tidak mahu peluang ini disia-siakan.

Ad

“Apa yang penting semua pemain terus bekerja keras,” jelasnya.

Ad

Malah, beliau siap sedia untuk memberikan segalanya bagi memastikan skuad kendalian Nafuzi Zain dapat layak ke final selepas mereka cemerlang ke pentas akhir Piala FA tempoh hari.

“Pemain-pemain Terengganu dan semua rakyat Terengganu berharap kita ke final tapi itu cerita nombor dua, apa yang penting kita lepas dahulu perlawanan seterusnya dan layak ke separuh akhir. Itu lebih penting,” jelasnya kepada MakanBola.

View this post on Instagram

A post shared by MakanBola+ (@makanbolaplus)

Selangor atau Negeri Sembilan bakal menanti Terengganu sekiranya mereka berjaya layak ke separuh akhir Piala Malaysia kali ini.

View this post on Instagram

A post shared by MakanBola+ (@makanbolaplus)

Layari video penuh temubual Faisal Halim di Youtube MakanBola.