Advertisements
Senarai 14 Lokasi Tayangan Skrin Besar Aksi Malaysia & Oman
Harimau Malaya
MakanBola
Aima/MakanBola

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan menyediakan tayang skrin besar di 14 lokasi terpilih untuk keselesaan penyokong bola sepak tanah air dengan menyaksikan perlawanan di antara Malaysia dan Oman dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026.

Ini merupakan cara yang dilakukan pihak kerajaan untuk orang ramai sambil memberikan sokongan padu buat Harimau Malaya.

Skuad kebangsaan dijadualkan berentap dengan Oman untuk aksi Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari ini, jam 10 malam.

Ini senarai lokasi tayangan skrin besar yang disediakan oleh pihak KBS dan JBSN.

  1. Dataran Putrajaya, Presint 13
  2. Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar
  3. Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar
  4. Padang Kota Lama, Georgetown
  5. Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya
  6. Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi
  7. Dataran Bandaraya MBMB, Ayer Keroh
  8. Dataran Tasik Bandar Penawar, Kota Tinggi
  9. Politeknik, Kota Bharu
  10. Aras Bawah Kompleks Paya Bunga Sentral, Kuala Terengganu
  11. Padang MBK 1, Kuantan
  12. Dataran Perayaan, Kuching
  13. Padang Ragbi ERC, Bandar Utama Sandakan
  14. Muzium Marin, Labuan

Sementara itu, di peringkat Kumpulan D skuad bimbingan Kim Pan-gon mendahului dengan enam mata sementara Oman mengutip tiga mata yang ketika ini berada di tangga kedua.

Untuk rekod, kedua pasukan yang berada di kedudukan teratas bakal mengesahkan slot di pentas kelayakan Piala Asia 2027 sekaligus layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.