Ads
Asia
JOHOR Southern Tigers

6 pemain yang beraksi dalam kancah Liga Super musim ini bakal menghiasi kejohanan Piala Asia Qatar 2023 bersama negara masing-masing.

Advertisements

Kenali 10 pemain tersebut sebelum bermulanya Piala Asia berbaki dua minggu lagi.

Advertisements

1. Jordi Amat (Indonesia)

Advertisements

Advertisements

Pertahanan tengah JDT, Jordi Amat bakal memimpin jentera pertahanan Indonesia yang akan berdepan pasukan Jepun, Iraq dan Vietnam.

Jordi Amat yang berusia 31 tahun antara pemain utama JDT dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) apabila merekodkan 6 penampilan dan berjaya menyumbang 1 bantuan jaringan.

Advertisements

2. Saddil Ramdani (Indonesia)

Pemain sayap ini menyinar bersama Sabah musim ini sekali gus diberi kepercayaan untuk memperkuatkan jentera serangan Indonesia.

Saddil menjaringkan 7 gol dan mencetak 9 bantuan jaringan dalam liga manakala beliau turut menjadi penyumbang gerakan gol dalam saingan Piala AFC apabila merekodkan 6 bantuan jaringan.

3. Amirbek Juraboev (Tajikistan)

Pemain tengah Kedah ini akan membantu Tajikistan menentang cabaran Qatar, China dan Lubnan.

Namun Amirbek hanya kekal semusim bersama Kedah dan akan menyertai pasukan baharu pada musim hadapan.

4. Soony Saad (Lubnan)

Penyerang Lubnan, Soony Saad antara pemain yang beraksi di Liga Super musim ini bersama pasukan Penang.

Soony Saad merekodkan 6 gol liga bersama Penang dan menjadi taruhan utama pasukan dibahagian serangan.

5. Noor Al-Rawabdeh (Jordan)

Pemain tengah berusia 26 tahun ini antara pemain penting Selangor musim ini setelah berjaya menjaringkan 5 gol serta 2 bantuan gol dalam kancah Liga Super.

Malah pemain ini turut membantu Selangor menamatkan liga ditangga kedua untuk membawa Selangor beraksi dipentas Asia pada musim hadapan.

6. Fadi Awad (Jordan)

Penyerang PDRM, Fadi Awad bakal bersama-sama Noor Al-Rawabdeh dalam skuad Jordan kelak.

Jordan akan menjadi pesaing Malaysia, Bahrain dan Korea Selatan dalam kumpulan E kelak.

Jalil Elias (Syria)

Pemain baharu JDT, Jalil Elias turut akan beraksi di Piala Asia buat negara Syria.

Advertisements

Pemain tengah ini bakal memperkuatkan pasukan JDT pada saingan musim hadapan selepas tamatnya kejohanan Piala Asia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram