Senarai Kecederaan Pemain Harimau Malaya Makin Meningkat
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia
Advertisements

Senarai kecederaan pemain Harimau Malaya meningkat menjelang sepak mula Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Pasukan bimbingan Kim Pan-gon diperkuat dengan kehadiran beberapa muka baharu tatkala tunjang utama pasukan mengalami kecederaan.

Advertisements

Senarai 26 orang pemain awal menyaksikan ketiadaan 4 tonggak utama iaitu Arif Aiman, Faisal Halim, Romel Morales dan juga Azam Azmi Murad ekoran kecederaan.

Tamparan hebat melanda kem negara apabila terpaksa melepaskan dua lagi tonggak serangan iaitu Syafiq Ahmad dan juga Darren Lok selepas mengalami kecederaan ketika membantu kelab masing-masing.

Advertisements

“Apabila kita mendapat maklumat (Arif Aiman Hanapi) daripada kelab (JDT), buku lalinya mengalami kecederaan. Itu sebab kita tidak memanggil beliau kali ini,” kata Kim Pan-gon kepada media di Wisma FAM hari ini.

“Kes (simbahan asid) Faisal Halim, Arif Aiman cedera dan Syafiq Ahmad (alami kecederaan) hamstring. (Romel) Morales (alami kecederaan) buku lali.

Advertisements

Persiapan Harimau Malaya berubah pada saat akhir selepas penjaga gol utama negara, Syihan Hazmi turut terlepas panggilan kebangsaan akibat kecederaan.

Hal ini menjadikan 7 tonggak utama Malaysia tidak dapat membantu skuad kebangsaan berdepan Kyrgyzstan dan Chinese Taipei.

Advertisements

Perancang tengah negara, Syamer Kutty pula difahamkan mengalami kecederaan ringan dan menjalani latihan berasingan.

Skuad Harimau Malaya akan beraksi bagi perlawanan kelima Kumpulan D menentang Kyrgyzstan pada Khamis, 6 Jun 2024 di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek.

Advertisements

Perlawanan ke-6 pula akan menemukan Chinese Taipei dan skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 11 Jun 2024.

News Comments Account