Asia
Selangor FC/Persib Bandung
Advertisements

Kelab-kelab yang hebat di rantau Asia bakal menjadi lawan Selangor dalam saingan AFC Champions League 2 (ACL2) yang akan membuka tirai tidak lama lagi.

Advertisements

Selangor yang merupakan naib juara Liga Super musim 2023 memegang slot sebagai wakil Malaysia untuk bertanding dalam AFC Champions League 2 (ACL2) untuk musim kali ini.

Bagi saingan ACL2 musim ini, Selangor dan 15 kelab yang lain dari rantau Timur akan dibahagikan kepada empat kumpulan yang mengandungi empat pasukan bagi setiap kumpulan tersebut.

Advertisements

Antara kelab yang menyertai ACL2 terdiri daripada pasukan dari Jepun, Korea Selatan, China, Thailand, Australia, Indonesia dan Malaysia yang menghantar satu wakil serta satu pasukan yang tewas dalam pusingan kelayakan AFC Champions League Elite (ACLE).

Manakala Vietnam, Singapura, Filipina dan Hong Kong menghantar dua wakil untuk melengkapkan 16 pasukan yang akan bersaing di peringkat kumpulan.

Advertisements

Sesi undian bagi peringkat kumpulan ACL2 akan dijalankan pada 16 Ogos ini untuk menentukan kedudukan dan lawan Selangor manakala perlawanan pertama pula dijadualkan bermula antara 17 hingga 19 September 2024.

Senarai kelab yang menyertai ACL2:

Advertisements
  1. Sanfrecce Hiroshima FC (Jepun)
  2. Jeonbuk Hyundai Motors FC (Korea Selatan)
  3. Zhejiang FC (China)
  4. Port FC (Thailand)
  5. Sydney FC (Australia)
  6. Selangor (Malaysia)
  7. Persib Bandung (Indonesia)
  8. Pasukan yang tewas di pusingan Kelayakan ACLE
  9. Lee Man (Hong Kong)
  10. Eastern (Hong Kong)
  11. Lion City Sailors (Singapura)
  12. Tampines Rovers (Singapura)
  13. Akan diumumkan kelak (Vietnam)
  14. Akan diumumkan kelak (Vietnam)
  15. Akan diumumkan kelak (Filipina)
  16. Akan diumumkan kelak (Filipina)
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram