Sentuhan Bekas Pemain Kedah Ditagih Kyrgyzstan Hadapi Malaysia
Asia
Kedah FA
Advertisements

Menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 di antara Malaysia dan Kyrgyzstan Khamis ini, beberapa penambahbaikan telah diatur buat skuad kebangsaan Kyrgyzstan.

Antaranya ialah melantik pembantu jurulatih yang baharu. Pembantu jurulatih kepada Stefan Tarkovic itu adalah merupakan bekas pemain Kedah untuk musim 2019 iaitu Edgar Bernhardt.

Edgar Bernhardt bukanlah nama yang asing buat arena bola sepak Kyrgyzstan apabila bekas pemain berusia 37 tahun itu telah mengumpul 41 penampilan antarabangsa untuk skuad kebangsaan Kyrgyzstan sehingga tahun 2022.

Advertisements

Bersama Kedah, Edgar telah mengumpul 8 penampilan dalam saingan Liga Super dan Piala FA. Beliau merekodkan 5 bantuan gol buat pasukan Kedah.

Kelab terakhir yang diwakili beliau adalah kelab divisyen enam Jerman, Pr. Espelkamp. Nama beliau masih bersama pasukan itu dan aksi terakhir beliau adalah perlawanan liga pada 8 Oktober lalu yang menyaksikan pasukannya tewas 0-5.

Sudah tentu pengalaman selama semusim beraksi untuk pasukan Kedah akan digunakan sebaiknya dalam merencanakan taktikal yang ampuh berdepan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pads 16 November ini.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram