Advertisements
Seo Seonung Umum Tinggalkan Perak
Transfer
MakanBola
Perakfcofficial

Pemain import dari Korea Selatan, Seo Seonung sah meninggalkan pasukan Perak setelah pengumuman rasmi di buat olehnya menerusi laman Instagram. 

Pemain berusia 23 tahun itu sangat menghargai para penyokong Perak kerana sentiasa datang hadir ke stadium menyokong kelab. 

“Hai, Seo di sini. Saya telah memutuskan untuk menamatkan perjalanan saya dengan pasukan ini. Saya ingin memberitahu anda yang pertama.

“Musim pertama saya di Malaysia sangat mengagumkan kerana anda semua. Kepada peminat, terima kasih kerana datang ke stadium dan menonton perlawanan kami serta menyokong kami,” kata Seonung memetik ciapannya di Instagram.

Tambahnya, beliau benar-benar gembira dengan layanan peminat terhadap dirinya.

Walaubagaimanapun, pemain kelahiran Korea Selatan itu berharap dapat kembali semula beraksi bersama Perak suatu hari nanti. Beliau amat menyukai dengan suasana di Malaysia. 

“Juga kadang-kadang saya melihat bendera Korea, ia adalah luar biasa.

Dan kepada pasukan saya, terima kasih kepada kakitangan dan jurulatih kami kerana melayan saya dengan baik.

“Terima kasih kepada rakan sepasukan saya kerana menjadi kawan baik dan semoga kita dapat bertemu dan bermain semula di padang,” Kata Seo Seonung. 

“Seronok bermain di Perak.

“Terima kasih kerana memanggil nama saya dan sentiasa menceriakan saya. Terima kasih Perak,” katanya lagi.

Beliau telah berjaya  mengumpul 8 jaringan dan 1 bantuan jaringan bersama Perak dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia.

Masa depan pemain muda ini masih menjadi tanda tanya, tiada pengumuman rasmi yang dibuat olehnya tentang hala tuju beliau selepas ini.