“Seorang Budak Ajaib Yang Sedang Menggegar Shanghai”
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya menjaringkan gol di bumi Shanghai.

Beraksi pada perlawanan pertama di pentas AFC Champions League Elite (ACLE), JDT telah dijadual bertemu Shanghai Port di Stadium SAIC Motor Pudong Arena.

Ad

Arif Aiman menjadi watak penting buat JDT apabila menjaringkan dua gol buat kem Harimau Selatan.

Ad

Arif memecah kebuntuan perlawanan selepas menjaringkan gol pertama perlawanan pada minit ke-46 permainan. Pemain sayap itu tenang menggelecek bola ke kubu Shanghai Port sebelum melepaskan satu rembatan kencang yang menggegar jaring.

Keputusan di separuh masa pertama itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila pasukan tuan rumah menjaringkan gol penyamaan pada babak awal separuh masa kedua menerusi Gustavo.

Ad

Nama Arif Aiman kembali mengegar di bumi Shanghai apabila beliau sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring. Arif memanfaatkan hantaran jauh daripada pemain import JDT, Jorge Obregon untuk gol kedua pasukan.

Ad

Gol kedua Arif itu telah membuat penjaga gol Shanghai Port, Yan Junling terpaku. Kebijaksanaan Arif Aiman turut mendapat pujian daripada pengulas perlawanan di Astro Arena, Aiman Roshizam.

“Seorang Budak Ajaib Yang Sedang Menggegar Shanghai,” ujar Aiman Roshizam.

Dua jaringan Arif ketika ini membantu JDT untuk mengikat pasukan tuan rumah dengan keputusan semasa, Shanghai Port 2-2 JDT.