Seorang Jurulatih Muda Bakal Galas Tugas Penting Bersama Malaysia?
Harimau Malaya
Johor Southern Tigers
Advertisements

Teka-teki mengenai pengganti jurulatih skuad b-23 Malaysia masih belum terjawab ketika ini.

Keputusan mengejut yang diambil oleh ketua jurulatih, E. Elavarasan untuk melepaskan jawatan tersebut dan kembali menjadi pembantu jurulatih Malaysia.

Terdapat beberapa nama yang mula disebut-sebut untuk menggantikan posisi tersebut terutamanya apabila skuad muda negara memiliki tugas besar tahun hadapan.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, beliau memberi bayangan bahawa seorang jurulatih muda bakal dipinjamkan.

Sungguhpun tidak menyatakan secara terperinci mengenai individu dan tugas yang dimaksudkan, perkara ini seperti terarah kepada jawatan yang kini dalam kekosongan.

“Seorang jurulatih muda tempatan akan dipinjamkan ‘loan out’ jika capai persetujuan, namun difahamkan, pilihan utama ialah jurulatih import untuk misi penting tahun depan.”

Advertisements

Terdapat beberapa nama yang mula dikaitkan termasuklah pembantu jurulatih Selangor, Nidzam Jamil dan juga Hairuddin Omar yang mengemudi skuad Terengganu ll.

Malaysia bakal mengharungi kempen Piala Asia B-23 di Qatar, tahun hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram