Asia
Edited by NF
Advertisements

Seorang lagi pemain Malaysia dikhabarkan bakal mengikut jejak langkah Kogileswaran Raj untuk beraksi di Korea Selatan.

Senario bola sepak negara dikejutkan apabila bekas pemain PJ City FC itu membuat keputusan untuk terbang beraksi di Korea sungguhpun menerima beberapa tawaran daripada kelab Liga Singapura dan Thailand.

Namun begitu, keadaan ini semakin menarik alabila seorang lagi pemain bakal menyusul jejak langkah Kogi di sana.

Advertisements

Perkara ini telah pun dimaklumkan oleh Pro Global Management menerusi satu hantaran di laman Instagram.

Mereka memberitahu bahawa terdapat seorang lagi pemain akan terbang ke sana dalam masa terdekat namun tidak memberi bayangan mengenai individu yang dimaksudkan.

Terdapat beberapa nama yang boleh dikaitkan dengan perpindahan tersebut antaranya ialah Arif Aiman.

Advertisements

Pemain berusia 20 tahun itu sebelum ini tekah pun menarik minat kelab J1 League, Kashiwa Reysol dan juga beberapa buah kelab Korea yang lain.

149E7ACC ABDF 447E AC6E 6BE353B46C24 Seorang Lagi Pemain Malaysia Bakal Ikut Kogileswaran Ke Korea Selatan?
IG: Proglobalsport

Namun begitu, masih tiada sebarang makluman rasmi mengenai perkara ini dan masih menanti pengesahan selanjutnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram