Advertising
Seorang Pemain Terkemuka Dunia Didakwa Keturunan Diraja Pahang
UltraSukan
Nick Kyrgios

Siapa sangka pemain tenis terkenal dari Australia, Nick Kyrgios sebenarnya memiliki darah keturunan diraja Pahang.

Kyrgios atau nama sebenarnya, Nicholas Hilmy Kyrgios memiliki darah tersebut kerana ibunya, Norlaila merupakan ahli kerabat diraja Pahang.

Ad

Norlaila berasal dari Gombak, Selangor di mana nendanya merupakan sepupu kepada Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah. Beliau kemudiannya berhijrah ke Australia pada usia 20-an sebelum bertemu jodoh dengan George Kyrgios.

Ad

Selain Kyrgios, pasangan itu turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Christos dan Halimah. Meskipun cukup dikenali dengan tujuh gelaran juara Persatuan Pemain Tenis Profesional (ATP), beliau tidak pernah melupakan negara ibunya itu.

Malah, jika berkesempatan, Kyrgios berusaha meluangkan masa bersama keluarga belah ibunya setiap kali berada di Malaysia.

Ad

“Nick cukup rapat dengan sanak-saudara di Malaysia di mana beliau kerap melawat mereka,” kata Norlaila kepada ABC.

Ad

“Malah, beliau juga bermain tenis di Cameron Highland semasa kali terakhir kita berada di Malaysia.

Ad

“Seluruh keluarga Kyrgios cukup rapat dengan keluarga saya. Saya mahu rakyat Malaysia bangga dengan pencapaian Nick kerana darah Malaysia mengalir dalam dirinya.”

Malah, Kyrgios turut berkongsi imej dirinya memakai baju Melayu ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri pada April 2024.

de5f Seorang Pemain Terkemuka Dunia Didakwa Keturunan Diraja Pahang

“Orang selalu terlupa (saya ada) darah separuh orang Greece, separuh lagi orang Malaysia. Kygs dengan baju Melayu penuh,” katanya dalam satu hantaran Instagram Story.

Selepas kembali beraksi pada tahun 2025 untuk saingan Brisbane International dan Australian Open, kini fokus Kyrgios beralih pula kepada saingan Indian Wells yang akan bermula pada 5 Mac ini.