Andre Onana diuji lagi apabila sepupunya sendiri merampas posisi penjaga gol utama Cameroon sewaktu menentang Gambia.
Jurulatih Cameroon, Rigobert Song memilih Fabrice Ondoa yang berusia 28 tahun berbanding Onana setelah penjaga gol Manchester United itu dibolosi sebanyak 3 kali sewaktu berdepan Senegal tempoh hari.
Lebih memeritkan, Onana gagal melakukan sebarang penyelamatan bola dalam perlawanan tersebut dan kekalahan terhadap Senegal hampir menyebabkan Cameroon tersingkir awal menurut Sport Bible.
Ondoa kemudian berjaya membantu Cameroon menewaskan Gambia 3-2 dalam aksi yang cukup mendebarkan apabila VAR membatalkan gol minit akhir Gambia sekali gus memberikan 3 mata berharga kepada pasukan kendalian Rigobert Song.
Walaupun dibolosi 2 gol, Ondoa berjaya melakukan 5 penyelamatan bola dalam perlawanan itu. Cameroon kini layak untuk ke pusingan kalah mati apabila menamatkan saingan kumpulan C ditangga kedua.
Aksi ketiga Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) antara Cameroon dan Gambia merupakan aksi kedua Fabrico Ondoa setelah pemain tersebut diturunkan sewaktu seri 1-1 berdepan Guinea.
Fabrice Ondoa menggantikan posisi Onana untuk aksi pertama kejohanan tersebut setelah pemain itu tiba lewat untuk bermain buat Manchester United namun kini Onana gagal meraih kepercayaan jurulatih untuk aksi bertemu Gambia.
Sepupu Onana, Ondoa bermain buat kelab divisyen ketiga Perancis, Nimes Olympique namun Ondoa merupakan penjaga gol utama Cameroon sewaktu Onana mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa.
Malah Ondoa memiliki lebih banyak penampilan bersama Cameroon sebanyak 50 kali berbanding Onana yang merekodkan 38 penampilan ketika ini menurut The Sun.
Andre Onana ketika ini meraih perhatian ramai penyokong bola sepak apabila beliau kerap kali dibolosi sewaktu menjaga gawang gol Manchester United.