Serie A: Insigne Boleh Lupakan Itali Kalau Pindah Ke Toronto – Giovinco
Serie A
Franco Romano / Sportphoto24
Advertisements

Dengan kontrak berbaki enam bulan, ramai pemain Eropah menggunakan jendela perpindahan Januari sebagai cara mendapatkan pra-kontrak dengan pasukan di luar negara tempat mereka bermain. Pasaran perpindahan ini juga merupakan peluang terakhir kelab-kelab mendapatkan yuran perpindahan pemain mereka sebelum meninggalkan kelab secara percuma pada akhir musim.

Salah seorang pemain yang berdepan situasi ini ialah kapten Napoli, Lorenzo Insigne. Sejak muncul bersama pasukan sebagai graduan akademi pada 2010, beliau telah membuat lebih 300 penampilan bersama Partenopei. Dengan Insigne tiada minat menyambung kontrak di Stadio Diego Armando Maradona, beberapa kelab seperti Inter Milan dan Toronto FC berminat mendapatkan khidmatnya.

Bagaimanapun, rakan senegara dan bekas pemain Toronto Sebastian Giovinco menasihatkan kapten Napoli itu berfikir masak-masak sebelum berpindah ke Kanada. Pemain Juventus itu membuat keputusan berani dengan berhijrah ke Toronto pada 2015 dan kekal di sana selama empat tahun. Dalam tempoh itu, Giovinco menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang zaman kelab dan berpeluang menjulang Piala MLS.

Advertisements

Dari satu segi, berpindah ke negara dan wilayah baru sememangnya satu pengalaman lain dari yang lain. Tetapi Giovinco mengakui tempohnya bersama Toronto mengakibatkan beliau tidak berpeluang menambah bilangan penampilan bersama pasukan kebangsaan Itali. Sekiranya Insigne bersedia berbuat demikian, maka tiada isu bagi kapten Napoli itu berpindah ke Toronto FC.

Mengikut beberapa laporan, Toronto bersedia menawarkan kontrak lima tahun setengah dengan tawaran gaji €11 juta. Laporan-laporan ini turut mendedahkan Insigne sedang menimbang tawaran mereka walaupun sedang mengetuai kempen memburu kejuaraan Serie A Napoli. Bagi Giovinco, agak sukar membayangkan rakan lamanya itu meninggalkan Napoli terkontang-kanting pada Mac berbanding menunggu pada akhir musim.

Insigne turut diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan janji bulan bintang Toronto. Ini kerana Giovinco pernah dijanjikan perkara sama semasa tiba di situ pada 2015. Beliau tidak mahu kapten Napoli itu merasa menyesal sekiranya memilih Toronto sebagai pasukan barunya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram