Bekas penyerang kebangsaan, Shahrel Fikri kembali meledak jaringan untuk menewaskan penjaga gol JDT, Ahmad Syihan Hazmi dalam aksi Liga Super.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Selayang, PDRM mempertaruhkan gandingan duo Shahrel Fikri dan Bruno Suzuki di jentera serangan.
Kepercayaan ketua jurulatih PDRM, P. Maniam terhadap Shahrel Fikry dibalas dengan jaringan pendahuluan seawal minit ke-22 untuk meletakkan Sang Saka Biru mendahului 1-0.
Bekas penyerang PKNP dan Selangor ini menerima umpanan lolos yang cantik sebelum menewaskan Ahmad Syihan Hazmi, gol keempat penjaga gol JDT itu dibolosi untuk musim ini.
Walau bagaimanapun, kelebihan awal PDRM tersebut dipadam dengan gol penyamaan yang disumbang oleh pemain gantian JDT, Oscar Arribas pada minit ke-33.
Setakat separuh masa pertama, JDT terikat 1-1 bersama PDRM.