Shahril Mokhtar Tak Setuju Kenyataan Yusoff Mahadi
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar kurang bersetuju dengan pandangan bahawa penswastaan kelab-kelab Liga Malaysia (Liga M) telah gagal.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi berpandangan proses penswastaan kelab yang digerakkan sebagai gagal.

Ad
Sponsors

Pandangan itu dibuat beliau selepas melihat kelab-kelab Liga M terus bergelut dengan masalah kewangan terutama isu tunggakan gaji.

Ad

Lantaran itu, Shahril menyifatkan kenyataan tersebut sebagai tidak tepat. Ini kerana kejayaan sesebuah kelab dalam liga didorong oleh dua faktor iaitu pengurusan yang bagus dan dana.

“Bagi saya, kegagalan itu bukan dari badan induk tetapi kelab-kelab itu sendiri. Pendek kata, kita kena cermin diri dululah sebelum kita berbuat sesuatu (dari segi) pengurusan,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Ad

“Yang kedua, dana. Kalau pengurusan bagus tetapi dana tiada, kelab tak boleh jalan juga. Dua-dua kena jalan seiring.

Ad

“Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Tidak ada apa-apa isu yang besar. Kalau kata nak gagal itu tidak, ia bergantung kepada cara anda menguruskan situasi tersebut.”

Ad

Shahril turut menyifatkan Selangor cukup beruntung kerana syarikat-syarikat kerajaan negeri masih mampu memberi sumbangan kepada kelab tersebut.

“Saya fikir Selangor antara pasukan yang beruntung di mana syarikat-syarikat kerajaan negeri masih mampu memberi sumbangan kepada kelab,” tambahnya.

“Bukan saja dari segi penajaan. Malah, MBI Selangor dan PKNS ialah pemegang saham penting dalam kelab.”

Selangor mengakhiri musim 2024/25 sebagai naib juara Liga Super dan juara MFL Challenge Cup. Slot naib juara liga membantu Merah Kuning layak secara merit ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim hadapan.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments