Ads
Shahrom Kalam Puji Ketenangan Safwan Mazlan
Harimau Malaya
Astro Arena

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Shahrom Kalam memuji ketenangan yang dipamerkan Safwan Mazlan semasa menentang Kyrgyzstan semalam.

Advertisements

Pemain pertahanan Terengganu FC itu merupakan sebahagian daripada enam pertukaran yang dibuat Kim Pan-gon untuk perlawanan itu.

Advertisements

Meskipun ini merupakan penampilan pertamanya bersama skuad senior Malaysia, Safwan dilihat tidak kekok bila bergandingan dengan Dominic Tan dan Matthew Davies di bahagian pertahanan.

Advertisements
Advertisements

Malah, Safwan berupaya menangani tekanan barisan serangan tuan rumah diketuai penyerang naturalisasi The White Falcons, Joel Kojo. Ini membantu skuad negara meraih satu mata dengan mengikat Kyrgyzstan 1-1.

Shahrom menyifatkan ketenangan yang dimiliki pemain pertahanan berusia 22 tahun itu sebagai satu ciri yang baik. Ini sekaligus menjadikan Safwan sebagai satu lagi prospek terbaru Harimau Malaya.

Advertisements

“Bagi saya, (persembahan Safwan) amat menyakinkan. Kita tengok daripada riak muka dia, (reaksi) dia macam tiada apa-apa. Tiada muka cemas (dan) rasa takut, tiada.

“Dia tenang dan sangat bersedia untuk bermain. Ini sesuatu yang baik dan ini satu lagi prospek buat skuad kebangsaan. Tapi saya sangat suka ketenangan dia mengawal (bola) dari bahagian belakang.

“Dia bukannya menyorok di belakang Dominic Tan. Dia keluar (dan) dapatkan (semula bola). Banyak benda yang dia buat ialah pemasaan yang tepat sebagai seorang pemain,” katanya semasa menjadi panel perlawanan Kyrgyzstan-Malaysia di Astro Arena.

Keputusan ini menyaksikan Kyrgyzstan dan Malaysia masing-masing mengumpul tujuh dan 10 mata daripada lima perlawanan.

Advertisements

Skuad negara masih memiliki peluang layak ke pusingan seterusnya dengan syarat mereka berpesta gol ke atas Taiwan pada 11 Jun dan Oman menewaskan Kyrgyzstan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram