Blog
Photo: Johor Southern Tigers (Official)
Advertisements

Nama Shakir Shaari bukanlah satu nama yang asing bagi peminat bola sepak Malaysia terutama bagi para penyokong pasukan Kelantan. Tidak keterlaluan jika dikatakan Shakir Shaari merupakan antara pemain tengah bertahan (defensive midfielder) yang terbaik pernah dimiliki Malaysia.

Shakir menyertai pasukan Kelantan pada tahun 2010 selepas mendapat perhatian jurulatih Kelantan waktu itu, Peter James Butler. Diberikan nombor jersi 8 sewaktu bersama Kelantan, Shakir membentuk gandingan sempurna di bahagian tengah pasukan bersama Badhri Radzi atau turut dikenali sebagai Piya.

Kelantan pada era 2010-2013 gemar menggunakan formasi 4-4-2. Bahagian tengah pasukan dikendalikan oleh Shakir Shaari bersama Badhri Radzi dimana Shakir berperanan sebagai defensive midfielder manakala Piya sebagai offensive central midfielder.

Advertisements

Peranan pemain tengah bertahan ini penting dalam mematahkan serangan pihak lawan dan menjadi pelindung kepada bahagian pertahanan pasukan. Turut menjadi penghubung antara bahagian pertahanan dan bahagian serangan, pemain tengah bertahan juga bertanggungjawab dalam mengatur serangan.

Itulah peranan Shakir di Kelantan. Malah kemahiran teknikal yang dimiliki Shakir menjadi aset penting buat pasukan Kelantan.

shakir kelantan Shakir Shaari: Defensive Midfielder Terbaik Dimiliki Kelantan
Shakir ketika bersama pasukan Kelantan

Seorang pemain tengah bertahan perlu mempunyai stamina yang tinggi, pandai melakukan terjahan dan pintasan, mempunyai hantaran yang bagus dan bijak membaca taktik pihak lawan. Ini kualiti yang dimiliki oleh Shakir Shaari menjadikan beliau pemain yang sesuai bagi peranan no.6 ini.

Advertisements

Ketenangan yang dimiliki beliau sewaktu memegang bola turut menjadi nilai tambah dalam membantu pasukan melancarkan serangan. Malah Badhri Radzi turut mengakui peranan Shakir memberikan kebebasan kepadanya dalam tempoh menyerang.

Kualiti hantaran Shakir sememangnya tidak dapat dinafikan malah beliau juga mampu menjaringkan gol di luar kotak penalti. Ini menepati ciri yang diperlukan bagi pemain tengah bertahan kerana mereka kerap bermain di kawasan tengah padang dan jarang berada dalam kawasan pihak lawan. Pilihan terbaik apabila mereka terlibat dalam serangan ialah dengan melakukan long shot.

Jaringan Shakir Shaari menerusi long shot

Shakir juga bagus dalam melakukan terjahan dan pintasan bagi melumpuhkan binaan serangan pihak lawan. Namun peranan pemain tengah bertahan dalam permainan bola sepak dianggap underrated kerana mereka jarang terlibat ketika pasukan dalam tempoh menyerang.

Advertisements

Dalam sistem 4-4-2 Kelantan dibawah kendalian B.Sathianathan, Shakir menjadi tunjang utama Kelantan kerana kemampuan beliau membaca pergerakan pihak lawan dan mampu merancang permainan dari bawah.

Formasi Kelantan pada tahun 2012

Bersama Kelantan, Shakir memenangi banyak kejuaraan termasuk kejuaraan treble Kelantan pada tahun 2012. Antaranya ialah Juara Piala Malaysia 2010, Juara Piala Sumbangsih 2011, Juara Liga Super 2011, Juara Piala Malaysia 2012, Juara Liga Super 2012, Juara Piala FA 2012 dan Juara Piala FA 2013.

Pada akhir tahun 2013, Shakir memilih keputusan untuk menyertai pasukan JDT dan diberikan nombor jersi 16. Tempoh bersama JDT tidak kurang hebatnya apabila beliau membantu pasukan memenangi Liga Super 2014 namun posisi beliau akhirnya dirampas pemain kelahiran Singapura, Hariss Harun. Aksi beliau bersama JDT masih berbisa namun prestasi terbaik beliau ketika bersama Kelantan gagal diulangi.

Advertisements
Shakir menyertai JDT pada tahun 2014

Shakir kemudiannya diturunkan ke JDT II sebelum mengumumkan persaraannya pada tahun akhir tahun 2019. Beliau kemudiannya dilantik sebagai staf kejurulatihan di JDT.

Aksi Shakir ketika bersama skuad kebangsaan

Shakir turut dipanggil beraksi bersama pasukan kebangsaan dalam tempoh 2011-2014. Kemampuan beliau dalam memainkan peranan no.6 turut mendapat pujian rakan sepasukan, Zaquan Adha.

Aksi cemerlang Shakir sebagai pemain tengah bertahan menjadikan beliau antara pemain Malaysia yang terbaik bagi posisi tersebut. Jika Itali ada Andrea Pirlo, Sepanyol ada Xabi Alonso, Malaysia juga ada Shakir Shaari!

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram